Pendaftaran Tahun 1 Secara Atas Talian

9 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Oktober 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Pendaftaran Tahun 1 Secara atas Talian” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Pada kali ini, staf Pusat Ekonomi Digital membantu penjaga dalam membuat pendaftaran tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun hadapan secara atas talian. Pendaftaran Pelajar secara atas talian ini adalah bertujuan memudahkan penjaga mengemaskini maklumat anak yang ingin memasuki tahun 1. Staf Pusat Ekonomi Digital memberi garis panduan cara-cara untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat anak ke dalam sistem pengurusan sekolah. Selain daripada itu, penjaga perlu membuat pengesahan mengenai semua maklumat anak di dalam sistem pengurusan sekolah dan mencetak borang tersebut untuk dihantar ke pihak sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali